Catatan

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI

Imej
      Pulau  Langkawi merupakan antara tempat menarik tarikan para pelancong yang popular di Malaysia. Ramai pelancong dari luar negara telah memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan pilihan mereka. Pulau Langkawi atau juga dikenali sebagai Langkawi Permata Kedah merupakan sebuah pulau bebas cukai dan sebuah kepulauan yang terdiri daripada 99 pulau dengan Kuah sebagai bandar terbesarnya. Para pelancong boleh berkunjung ke Langkawi dengan menaiki dengan pelbagai jenis pengangkutan sama ada pengangkutan laut ataupun pengangkutan udara.      Disini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman saya bercuti ke Pulau Langkawi. Saya telah berkunjung ke Pulau Langkawi pada cuti Deepavali. Para pelancong dari dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang untuk bercuti ke Pulau Langkawi sehingga menjadikan kesemua tiket feri ke Pulau Langkawi telah habis terjual. Oleh kerana, pada awalnya saya tidak merancang untuk ke Pulau Langkawi...

TOKOH MOTIVASI

Imej
  Siapa tidak kenal akan gerangan pakai motivasi Malaysia yang cukup popular iaitu Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah atau nama gelaran ringkasnya DMFK. Beliau lahir pada 16 Julai 1951 di negeri asal tempat kelahirannya di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor. Beliau merupakan anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik. Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan Pakar Motivasi dan Komunikasi yang terkenal dan sering dijemput menjadi penampilan istimewa di kaca Televisyen, corong radio dan dada akhbar sebagai tetamu istimewa untuk memberikan kata-kata motivasi dan memperkatakan perihal kehidupan yang meliputi hal kekeluargaan, perkahwinan, penceraian dan pembelajaran. Insan hebat ini turut aktif dalam menulis buku motivasi dan novel. Antara karya popular beliau adalah “55 Petua Orang Berjaya” dan “Psikologi Cinta”. Antara kata-kata motivasi Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah yang dapat dikongsikan ialah:   “Orang cemerlang sentiasa belajar daripada kesilapan lalu. Orang...

Nabi Muhammad SAW dan Sunnahnya

Imej
  Nabi Muhammad merupakan nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk umatnya diakhir zaman. Nama penuh Nabi Muhammad ialah Muhammad bin ‘Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama bapanya ialah ‘Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu baginda ialah Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf. Nabi Muhammad telah dilahirkan di   rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukaramah pada waktu subuh Isnin 12 Rabiulawal/ 20 April 571 Masihi yang dikenali sebagai tahun gajah bersempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah. Baginda Nabi Muhammad SAW telah wafat pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi. Baginda telah wafat di Madinah Al-Munawwarah pada usia 63 tahun.             Baginda telah digambarkan sebagai seorang yang berbadan tegap, berketinggian sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Baginda berkulit putih kemerah-merahan. Baginda Nabi ...

PENGLIPUR LARA

Imej
  PENGLIPUR LARA Penglipur lara merupakan penggiat seni yang menyampaikan kisah cerita yang berunsurkan jenaka kepada khalayak ramai. Penyampaian ini biasanya diselitkan dengan lenggok bahasa dan kata termasuk syair, pantun, seloka dan sebagainya bagi menjadikan cerita yang disampaikan lebih menarik. Kisah penglipur lara merupakan salah satu sastera lisan orang Melayu tradisional. Pada zaman dahulu penglipur lara telah dianggap sebagai budayawan tempatan yang berperanan sebagai sumber berita, hiburan dan pendidikan kepada masyarakat melayu terdahulu. Cerita penglipur lara terkenal di kalangan masyarakat Melayu kerana cerita-cerita ini mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Keunikan kisah penglipur lara ini jelas dapat dilihat dalam ceritanya, tukang cerita dan cara persembahan cerita tersebut. Berikut merupakan gelaran nama bagi tukang lipur bagi beberapa buah negeri: Kelantan: Tok Selampit Kedah: Awang Batil Selangor: Awang Belanga Indonesia: Tukang Kaba ...

GAYA BAHASA

Gaya Bahasa      Gaya bahasa merupakan   bahasa   yang   diberi   gaya   dengan   menggunakan   ragam   bahasa   yang   khas dan   dapat    diidentifikasi    melalui    pemakaian    bahasa    yang    menyimpang    dari penggunaan   bahasa   sehari-hari   atau   yang   lebih   dikenal   sebagai   bahasa   khas   dalam wacana    sastera.    Gaya    bahasa    merupakan    bentuk    pengekspresian    gagasan    atau imaginasi yang sesuai dengan tujuan dan kesan yang akan diciptakan. ASINDETON - Pengguguran Kata Hubung dalam baris atau kalimat dan diganti dengan tanda baca Bicara bisu, Menuju, Menikam Kalbu, Termangu Bicara Bisu, Membuat Aku Rindu, Tersendu Membuat Aku Pilu Membuat Aku Malukelu Meniti Hari Berlal...

CERPEN

Imej
Kumpulan Cerpen: Sebuah Dunia Surealis Sebuah Dunia Surealis merupakan kumpulan cerpen karya Shapiai Muhammad Ramly yang telah diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad dengan cetakan pertama pada tahun 2015. Sebuah Dunia Surealis mengumpulkan 13 buah cerpen buah tangan Shapiai Muhammad Ramly yang menyentuh pelbagai tema dan persoalan kehidupan. Cerpen Sebuah Dunia Surealis menampilkan tema yang berbeza daripada biasa yang mengajak pembaca berfikir tentang surealis dalam realiti kehidupan. Cerpen ini memerlukan banyak tafsiran di balik tulisannya walaupun dalam pengisahannya, penulis mengajak pembaca berfikir tentang kepentingan graviti terhadap kehidupan manusia, kehidupan manusia pada zaman kemajuan yang banyak dibantu oleh robot dan keadaan bumi yang semakin tenat disebabkan oleh kegiatan yang dilakukan oleh manusia. 

HIKAYAT RAJA MUDA

Imej
 HIKAYAT RAJA MUDA Hikayat Raja Muda merupakan cerita penglipur lara karya Pawang Ana dan Raja Haji Yahya yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan cetakan pertama pada tahun 1983. Cerita penglipur lara Hikayat Raja Muda ini mengisahkan tentang Raja Muda iaitu putera kepada Sultan Degar Alam yang berkerajaan di Benua Tua yang bermimpi didatangi oleh seorang wali Allah S.W.T yang memintanya untuk pergi ke Gunung Berahi Cinta, tempat permainan puteri dari kayangan untuk mencuri kain Serindit Jantan kepunyaan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan cara itu, baginda akan dapat mengahwini anak raja dari negeri kayangan. Akhirnya, baginda berjaya mengahwini Tuan Puteri Bidadari Segerba dan tidak berapa lama kemudian, isteri banginda pun dikhabarkan mengandung. Sewaktu Tuan Puteri Bidadari Segerba pulang ke kayangan, Raja Muda telah mengahwini perempuan lain, iaitu Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di Negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki dan hal ini sampai ke pengetahuan Tuan P...