HIKAYAT RAJA MUDA

 HIKAYAT RAJA MUDA


Hikayat Raja Muda merupakan cerita penglipur lara karya Pawang Ana dan Raja Haji Yahya yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan cetakan pertama pada tahun 1983.




Cerita penglipur lara Hikayat Raja Muda ini mengisahkan tentang Raja Muda iaitu putera kepada Sultan Degar Alam yang berkerajaan di Benua Tua yang bermimpi didatangi oleh seorang wali Allah S.W.T yang memintanya untuk pergi ke Gunung Berahi Cinta, tempat permainan puteri dari kayangan untuk mencuri kain Serindit Jantan kepunyaan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan cara itu, baginda akan dapat mengahwini anak raja dari negeri kayangan. Akhirnya, baginda berjaya mengahwini Tuan Puteri Bidadari Segerba dan tidak berapa lama kemudian, isteri banginda pun dikhabarkan mengandung. Sewaktu Tuan Puteri Bidadari Segerba pulang ke kayangan, Raja Muda telah mengahwini perempuan lain, iaitu Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di Negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki dan hal ini sampai ke pengetahuan Tuan Puteri Bidadari Segerba lalu Tuan Puteri Bidadari Segerba pun turun ke mahligai Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Raja Muda yang mengahwini perempuan lain. Namun setelah berkenal - kenalan dengan Permaisuri Kaca Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, sebagai tanda muafakat, Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Apabila memakan sirih sepah lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba, dengan kuasa Tuhan, kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba langsung berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Cukup tempoh 12 bulan, maka lahirlah seorang puteri yang diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan dan dalam masa yang sama , Tuan Puteri Lindungan Bulan juga melahirkan anak lelaki, Raja Seri Mandul.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISU LAWAK LUCAH DALAM INDUSTRI HIBURAN TANAH AIR

PENGLIPUR LARA

GAYA BAHASA