CERPEN
Kumpulan Cerpen: Sebuah Dunia Surealis
Sebuah Dunia Surealis merupakan
kumpulan cerpen karya Shapiai Muhammad Ramly yang telah diterbitkan oleh
Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad dengan cetakan pertama pada tahun
2015.
Sebuah Dunia Surealis
mengumpulkan 13 buah cerpen buah tangan Shapiai Muhammad Ramly yang menyentuh
pelbagai tema dan persoalan kehidupan.
Cerpen Sebuah Dunia Surealis
menampilkan tema yang berbeza daripada biasa yang mengajak pembaca berfikir
tentang surealis dalam realiti kehidupan. Cerpen ini memerlukan banyak tafsiran
di balik tulisannya walaupun dalam pengisahannya, penulis mengajak pembaca
berfikir tentang kepentingan graviti terhadap kehidupan manusia, kehidupan
manusia pada zaman kemajuan yang banyak dibantu oleh robot dan keadaan bumi
yang semakin tenat disebabkan oleh kegiatan yang dilakukan oleh manusia.

Ulasan
Catat Ulasan