TOKOH MOTIVASI

 

Siapa tidak kenal akan gerangan pakai motivasi Malaysia yang cukup popular iaitu Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah atau nama gelaran ringkasnya DMFK. Beliau lahir pada 16 Julai 1951 di negeri asal tempat kelahirannya di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor. Beliau merupakan anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik.

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan Pakar Motivasi dan Komunikasi yang terkenal dan sering dijemput menjadi penampilan istimewa di kaca Televisyen, corong radio dan dada akhbar sebagai tetamu istimewa untuk memberikan kata-kata motivasi dan memperkatakan perihal kehidupan yang meliputi hal kekeluargaan, perkahwinan, penceraian dan pembelajaran. Insan hebat ini turut aktif dalam menulis buku motivasi dan novel. Antara karya popular beliau adalah “55 Petua Orang Berjaya” dan “Psikologi Cinta”.




Antara kata-kata motivasi Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah yang dapat dikongsikan ialah:

 

“Orang cemerlang sentiasa belajar daripada kesilapan lalu. Orang yang berjaya bukannya tidak pernah jatuh, tetapi bangkit semula setiap kali jatuh. Kegagalan sebenar ialah apabila kita berhenti mencuba.” -DMFK

“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah, tetapi mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah.” -DMFK

“Orang cemerlang selalu membentuk niat yang murni untuk setiap kegiatan yang dilakukan.” -DMFK

“Hati yang tenang akan bersyukur apabila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela memberi maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan senantiasa berprasangka baik dengan Allah dan manusia.” -DMFK

“Cintai diri nescaya anda akan dicintai oleh orang lain.” -DMFK

“Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…”  -DMFK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SASTERAWAN NEGARA

KEPELBAGAIAN BANGSA DI MALAYSIA

ISU BAHASA ROJAK