PENGLIPUR LARA

 PENGLIPUR LARA

Penglipur lara merupakan penggiat seni yang menyampaikan kisah cerita yang berunsurkan jenaka kepada khalayak ramai. Penyampaian ini biasanya diselitkan dengan lenggok bahasa dan kata termasuk syair, pantun, seloka dan sebagainya bagi menjadikan cerita yang disampaikan lebih menarik. Kisah penglipur lara merupakan salah satu sastera lisan orang Melayu tradisional. Pada zaman dahulu penglipur lara telah dianggap sebagai budayawan tempatan yang berperanan sebagai sumber berita, hiburan dan pendidikan kepada masyarakat melayu terdahulu. Cerita penglipur lara terkenal di kalangan masyarakat Melayu kerana cerita-cerita ini mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Keunikan kisah penglipur lara ini jelas dapat dilihat dalam ceritanya, tukang cerita dan cara persembahan cerita tersebut.




Berikut merupakan gelaran nama bagi tukang lipur bagi beberapa buah negeri:

Kelantan: Tok Selampit

Kedah: Awang Batil

Selangor: Awang Belanga

Indonesia: Tukang Kaba

Perak: Penglipurlara

 

Antara alatan muzik yang digunakan oleh tukang lipur ketika menyampaikan cerita bagi menjadikan cerita yang disampaikan lebih menarik lagi ialah:

  •          Gendang
  •          Selampit
  •          Batil
  •          Rebab
  •          Gendang
  •          Dialog yang dilagukan
  •          Intonasi mengikut emosi




Antara cerita lipur lara yang terkenal sepanjang zaman ialah:

  •          Hikayat Malim Demam
  •          Hikayat Awang Sulung Merah Muda
  •          Hikayat Anggun Cik Tunggal
  •          Hikayat Raja Muda
  •          Hikayat Indera Putera
  •          Hikayat Shah Mardan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SASTERAWAN NEGARA

KEPELBAGAIAN BANGSA DI MALAYSIA

ISU BAHASA ROJAK