Nabi Muhammad SAW dan Sunnahnya
Nabi Muhammad merupakan nabi yang terakhir yang
diutuskan oleh Allah SWT untuk umatnya diakhir zaman. Nama penuh Nabi Muhammad
ialah Muhammad bin ‘Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama bapanya ialah
‘Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu baginda ialah Aminah binti
Wahab bin ‘Abdul Manaf. Nabi Muhammad telah dilahirkan di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukaramah pada
waktu subuh Isnin 12 Rabiulawal/ 20 April 571 Masihi yang dikenali sebagai
tahun gajah bersempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota
Ka’abah. Baginda Nabi Muhammad SAW telah wafat pada hari Isnin, 12 Rabiulawal
tahun tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi. Baginda telah wafat di Madinah Al-Munawwarah
pada usia 63 tahun.
Baginda
telah digambarkan sebagai seorang yang berbadan tegap, berketinggian sederhana
iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Baginda berkulit
putih kemerah-merahan. Baginda Nabi Muhammad juga digambarkan berwajah tampan
dengan rambut yang tidak terlalu kerinting tetapi tidak lurus, rambutnya ikal
dan mencecah bahu. Kata-kata baginda Nabi Muhammad lembut tetapi bernada tegas.
Ketika berjalan baginda berjalan seakan-akan menuruni tanah yang landai. Ketika
menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan serta terdapat tanda kenabian
diantara kedua bahu baginda Nabi Muhammad SAW.
Walaupun Nabi Muhammad telah wafat, kita wajiblah
sentiasa beriman dengan Nabi Muhammad. Sebagai umat akhir zaman yang juga umat
Nabi Muhammad SAW kita seharusnya cinta akan kekasih Allah yang satu ini dengan
mengamalkan sunnah Rasullulah SAW dalam kehidupan seharian kita.
Seperti firmanNya:
“Katakanlah (wahai Muhammad), sekiranya kamu cintakan
Allah, maka ikutlah daku (Nabi Muhammad).”
(al-Imran:31)
Sesiapa yang mengamalkan sunah Baginda juga akan
dijanjikan pahala seumpama 100 orang mati syahid,
Dari Ibnu Abbas r.a:
“Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika
berlakunya pelbagai kerosakan pada ummatku (akhir zaman). Maka baginya pahala seratus
orang yang mati syahid.”
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Antara sunnah-sunnah
Rasullulah yang boleh diamalkan umat akhir zaman ialah:
- Membaca al-Quran
- Berzikir
- Menjawab seruan azan
- Menuntut ilmu
- Berniaga
- Sentiasa tersenyum
- Menyimpan janggut
- Memberi dan menjawab salam
- Berdoa untuk orang sakit
- Mengaqiqahkan anak
- Bertahnik bayi baru lahir
- Menghilagkan gangguan di jalan
- Berbaring di atas rusuk kanan
- Baca doa selepas wuduk
- Bangun bertahajud
- Berwangi-wangian pada hari jumaat
- Bermusafir
- Menghidupkan Ramadhan
- Berkumur selepas minum susu
- Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang
- Makan buah kurma
- Membaca Bismillah ketika makan
- Ucap Alhamdulillah selepas makan
- Mendoakan orang bersin
Ulasan
Catat Ulasan