PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI
Pulau Langkawi merupakan antara tempat menarik tarikan para pelancong yang popular di Malaysia. Ramai pelancong dari luar negara telah memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan pilihan mereka. Pulau Langkawi atau juga dikenali sebagai Langkawi Permata Kedah merupakan sebuah pulau bebas cukai dan sebuah kepulauan yang terdiri daripada 99 pulau dengan Kuah sebagai bandar terbesarnya. Para pelancong boleh berkunjung ke Langkawi dengan menaiki dengan pelbagai jenis pengangkutan sama ada pengangkutan laut ataupun pengangkutan udara. Disini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman saya bercuti ke Pulau Langkawi. Saya telah berkunjung ke Pulau Langkawi pada cuti Deepavali. Para pelancong dari dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang untuk bercuti ke Pulau Langkawi sehingga menjadikan kesemua tiket feri ke Pulau Langkawi telah habis terjual. Oleh kerana, pada awalnya saya tidak merancang untuk ke Pulau Langkawi...