Catatan

JIHAD SASTERA

Imej
Kebanyakan masyarakat masa kini telah melupakan sastera kerana lebih memfokuskan terhadap perkembangan sains dan teknologi. Namun demikian terdapat juga unsur sains dan teknologi dalam sastera rakyat iaitu pada ceria-cerita penglipur lara. Marilah kita bersama-sama mendalami dan menghargai sastera dengan menikmati keindahannya. BBK3408 MULTIMEDIA DALAM KESUSASTERAAN SITI MAISARAH BINTI MOHD ALIAS 210991

Istilah “healing”

Imej
  Healing merupakan perkataan bahasa Inggeris yang berbawa maksud di dalam kamus sebagai penyembuhan. Penyembuhan yang dimaksudkan ialah penyembuhan psikologi iaitu penyembuhan jiwa, perasaan, emosi dan fikiran. Oleh itu, timbulnya istilah healing atau self healing ini dalam kalangan anak muda masa kini. Istilah healing ini adalah bahasa yang popular di media sosial. Istilah ini telah digunakan oleh para anak muda di pelbagai platform media sosial antaranya Tiktok, Twitter, Instagram dan Facebook. Bahasa slanga healing ini merupakan istilah yang digunakan oleh anak muda zaman sekarang ketika ingin menyembuhkan diri mereka selepas melalui saat-saat yang sukar. Contohnya semasa seseorang itu menghadapi keletihan emosi akibat masalah tertentu. Istilah healing ini juga digunakan ketika anda berasa sedih, emosi tidak terkawal, kecewa, risau, cemas dan tiada semangat. Apabila mereka menghadapi situasi yang seperti ini, mereka akan mencari masa yang sesuai untuk healing . ...

ISU LAWAK LUCAH DALAM INDUSTRI HIBURAN TANAH AIR

Imej
  Jenaka, lawak, humor, lulucon dan kecindaan merupakan sesuatu yang boleh membuatkan orang terhibur apabila mendengarkannya. Rancangan televisyen merupakan salah satu medium untuk para penghibur tanah air menghiburkan masyarakat. Namun demikian, sejak kebelakangan ini para penghibur tanah air ini telah menodai kualiti konten yang ditayangan untuk para masyarakat dengan memasukkan unsur lawak yang lucah dalam persembahan lakonan mereka. Program televisyen masa kini banyak yang ditayangkan secara langsung terus ke kaca televisyen. Hal ini menjadikan tiada tapisan terhadap isu-isu sensitif yang dibuat sebelum program televisyen tersebut ditayangkan. Lebihan pula rancangan tersebut ditayangkan pada waktu perdana yang kebiasaannya akan disaksikan oleh pelbagai peringkat umur masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, belia, dewasa dan mereka yang sudah berusia. Oleh itu, lawak-lawak lucah amatlah tidak bersesuaian disajikan dalam rancangan hiburan komedi yang bersiaran secara langsung....

KEPELBAGAIAN BANGSA DI MALAYSIA

Imej
  Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik. Negara Malaysia yang telah mendapat kemerdekaan pada 31 December 1957 ini telah berjaya disatukan menjadi sebuah negara yang merdeka walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum. Bumi Malaysia ini telah diduduki oleh bukan sahaja kaum Melayu malahan kaum India dan kaum Cina. Pada sebelah semenanjung Sabah dan Sarawak terdapat juga etnik Iban, Kadazan, Baba dan Nyonya dan banyak lagi. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum ini juga mempunyai budaya dan perayaannya yang berbeza-beza mengikut kaum masing-masing. Kaum Melayu akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Haji, Maulidur Rasul dan Awal Muharram. Kaum Cina pula akan menyambut Tahun Baru Cina pada setiap tahun selama 15 hari berlarutan. Kaum India akan menyambut Deepavali manakala Thiapusam pula akan disambut oleh penganut Hindu dan Wesak akan disambut oleh penganut B...

ISU BAHASA ROJAK

  Bahasa rojak merupakan suatu jenis percakapan di Malaysia yang mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang sama dengan pijin, Manglish dan Singlish dengan kata dasarnya adalah bahasa Melayu. Bahasa rojak dikatakan telah digunakan semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1402 di Melaka. Bahasa rojak ini telah digunakan oleh para pedagang yang telah bertutur dengan lebih 80 bahasa. Namun kini, bahasa rojak ini banyak digunakan oleh golongan remaja terutamanya daripada kawasan bandar. Bahasa rojak ini telah digunakan dengan mencampurkan bahasa Melayu sama ada dengan bahasa Inggeris, bahasa Kantonis, bahasa Tamil, bahasa Mandarin atau bahasa Jepun.   Contoh bahasa rojak yang digunapakai oleh rakyat Malaysia:   Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris) Kedai ni best (bagus)! Cuba kau test (cuba) ni. Dia terror (hebat)main permainan ni.   Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur Bahasa Cina) Nasi goreng kampung satu, ta...

ISU BANJIR

Imej
  Seringkali kita menyaksikan fenomena banjir berlaku di negeri Pantai Timur terutamanya pada hujung tahun di bulan Disember. Namun demikian, sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kejadian banjir yang berlaku di Lembah Klang. Kejadian seperti ini jarang sekali berlaku di Selangor dan banjir yang berlaku tersebut amatlah dahsyat. Fenomena berantai hujan lebat dan banjir kilat ini telah memberikan kesan buruk terhadap seluruh masyarakat terutamanya mangsa yang terjejas. Negara Malaysia terpaksa menghadapi kesannya dengan catatan jumlah mangsa banjir dan kemusnahan harta benda. Hasil pengumpulan data dan maklumat banjir seramai 43,392 mangsa banjir dengan sebanyak 13,153 buah keluarga terlibat. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan telah menyediakan 407 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir yang terkesan tersebut. Lebih mendukacitakan lagi apabila kesan daripada fenomena banjir tersebut, negara telah mencatatkan 54 kematian...

FILEM MAT KILAU

Imej
  Filem Mat Kilau telah ditayangkan di pawagam pada 23 Jun 2022 dan mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia sehingga mendapat kutipan jutaan ringgit. Filem Mat Kilau ini telah menggambarkan keunggulan Mat Kilau iaitu pahlawan Melayu yang menentang British ketika penjajahan kolonial di Pahang. Karya epik melayu ini telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia dan karya-karya seperti ini jarang sekali mendapat sambutan sebegitu sekali. Filem ini telah menjentik hati rakyat Malaysia tentang kesan penjajahan British pada zaman dahulu yang meninggalkan kesan sehingga ke hari ini. Tindakan British yang memecah belahkan kaum di Tanah Melayu mengikut bidang pertanian, perlombongan dan perniagaan telah memberi kesan sehingga ke hari ini. Filem ini juga telah menekankan tentang sifat masyarakat Melayu tradisional yang tidak bersatu merupakan antara punca tanah Melayu dijajah oleh kolonial. Jika seluruh masyarakat Melayu bersatu tanpa mengira bangsa dan agama, sudah...