FILEM MAT KILAU

 


Filem Mat Kilau telah ditayangkan di pawagam pada 23 Jun 2022 dan mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia sehingga mendapat kutipan jutaan ringgit. Filem Mat Kilau ini telah menggambarkan keunggulan Mat Kilau iaitu pahlawan Melayu yang menentang British ketika penjajahan kolonial di Pahang. Karya epik melayu ini telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia dan karya-karya seperti ini jarang sekali mendapat sambutan sebegitu sekali.

Filem ini telah menjentik hati rakyat Malaysia tentang kesan penjajahan British pada zaman dahulu yang meninggalkan kesan sehingga ke hari ini. Tindakan British yang memecah belahkan kaum di Tanah Melayu mengikut bidang pertanian, perlombongan dan perniagaan telah memberi kesan sehingga ke hari ini.

Filem ini juga telah menekankan tentang sifat masyarakat Melayu tradisional yang tidak bersatu merupakan antara punca tanah Melayu dijajah oleh kolonial. Jika seluruh masyarakat Melayu bersatu tanpa mengira bangsa dan agama, sudah tentu penjajah yang menjajah di Tanah Melayu ini dapat dihalau dengan segera kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sikap masyarakat Melayu yang sering berpecah belah dan saing mengkhianati ini menjadikan pihak penjajah tidak gentar akan masyarakat Melayu dan terus menajajah dengan lebih lama lagi.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SASTERAWAN NEGARA

KEPELBAGAIAN BANGSA DI MALAYSIA

ISU BAHASA ROJAK