Istilah “healing”

 


Healing merupakan perkataan bahasa Inggeris yang berbawa maksud di dalam kamus sebagai penyembuhan. Penyembuhan yang dimaksudkan ialah penyembuhan psikologi iaitu penyembuhan jiwa, perasaan, emosi dan fikiran. Oleh itu, timbulnya istilah healing atau self healing ini dalam kalangan anak muda masa kini.

Istilah healing ini adalah bahasa yang popular di media sosial. Istilah ini telah digunakan oleh para anak muda di pelbagai platform media sosial antaranya Tiktok, Twitter, Instagram dan Facebook. Bahasa slanga healing ini merupakan istilah yang digunakan oleh anak muda zaman sekarang ketika ingin menyembuhkan diri mereka selepas melalui saat-saat yang sukar. Contohnya semasa seseorang itu menghadapi keletihan emosi akibat masalah tertentu. Istilah healing ini juga digunakan ketika anda berasa sedih, emosi tidak terkawal, kecewa, risau, cemas dan tiada semangat. Apabila mereka menghadapi situasi yang seperti ini, mereka akan mencari masa yang sesuai untuk healing.



    Oleh itu, munculnya istilah healing yang bermaksud penyembuhan daripada luka dalaman. Luka dalaman yang dimaksudkan disini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, sama ada diri sendiri atau orang lain. Itulah maksud healing dalam bahasa popular di media sosial yang kini menjadi trend.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SASTERAWAN NEGARA

KEPELBAGAIAN BANGSA DI MALAYSIA

ISU BAHASA ROJAK