ISU BAHASA ROJAK
Bahasa rojak merupakan suatu jenis percakapan di
Malaysia yang mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang sama
dengan pijin, Manglish dan Singlish dengan kata dasarnya adalah bahasa Melayu.
Bahasa rojak dikatakan telah digunakan semenjak zaman
Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1402 di Melaka. Bahasa rojak ini telah
digunakan oleh para pedagang yang telah bertutur dengan lebih 80 bahasa. Namun kini,
bahasa rojak ini banyak digunakan oleh golongan remaja terutamanya daripada
kawasan bandar.
Bahasa rojak ini telah digunakan dengan mencampurkan
bahasa Melayu sama ada dengan bahasa Inggeris, bahasa Kantonis, bahasa Tamil,
bahasa Mandarin atau bahasa Jepun.
Contoh bahasa rojak yang digunapakai oleh rakyat
Malaysia:
Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)
Kedai ni best (bagus)!
Cuba kau test (cuba) ni.
Dia terror (hebat)main permainan ni.
Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur Bahasa Cina)
Nasi goreng kampung satu, tapau
(bungkus)!
Tak boleh kaw tim (bereskan)ke?
Apasal (kenapa) lu
buat ini kerja cincai (tak sempurna)?
Ulasan
Catat Ulasan