KEPELBAGAIAN BANGSA DI MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan etnik. Negara Malaysia yang telah mendapat kemerdekaan pada
31 December 1957 ini telah berjaya disatukan menjadi sebuah negara yang merdeka
walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum. Bumi Malaysia ini telah
diduduki oleh bukan sahaja kaum Melayu malahan kaum India dan kaum Cina. Pada sebelah
semenanjung Sabah dan Sarawak terdapat juga etnik Iban, Kadazan, Baba dan
Nyonya dan banyak lagi.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum ini
juga mempunyai budaya dan perayaannya yang berbeza-beza mengikut kaum
masing-masing. Kaum Melayu akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri setelah
sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Haji, Maulidur Rasul dan Awal
Muharram. Kaum Cina pula akan menyambut Tahun Baru Cina pada setiap tahun
selama 15 hari berlarutan. Kaum India akan menyambut Deepavali manakala
Thiapusam pula akan disambut oleh penganut Hindu dan Wesak akan disambut oleh
penganut Buddha.
Ulasan
Catat Ulasan