ISU BANJIR

 


Seringkali kita menyaksikan fenomena banjir berlaku di negeri Pantai Timur terutamanya pada hujung tahun di bulan Disember. Namun demikian, sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kejadian banjir yang berlaku di Lembah Klang. Kejadian seperti ini jarang sekali berlaku di Selangor dan banjir yang berlaku tersebut amatlah dahsyat.

Fenomena berantai hujan lebat dan banjir kilat ini telah memberikan kesan buruk terhadap seluruh masyarakat terutamanya mangsa yang terjejas. Negara Malaysia terpaksa menghadapi kesannya dengan catatan jumlah mangsa banjir dan kemusnahan harta benda. Hasil pengumpulan data dan maklumat banjir seramai 43,392 mangsa banjir dengan sebanyak 13,153 buah keluarga terlibat. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan telah menyediakan 407 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir yang terkesan tersebut. Lebih mendukacitakan lagi apabila kesan daripada fenomena banjir tersebut, negara telah mencatatkan 54 kematian. Kejadian banjir yang berlaku pada Januari 2022 tersebut merupakan antara kejadian banjir yang paling teruk pernah berlaku di Malaysia. Hal ini kerana, mangsa banjir terpaksa menghadap fenomena banjir dalam tempoh yang agak panjang sepajang wabak Covid-19 yang masih melanda dunia.

Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan perlulah lebih bersedia dengan membuat persiapan awal bagi menghadapi sebarang musibah akibat fenomena alam yang tidak terjangka ini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SASTERAWAN NEGARA

KEPELBAGAIAN BANGSA DI MALAYSIA

ISU BAHASA ROJAK