ISU LAWAK LUCAH DALAM INDUSTRI HIBURAN TANAH AIR

 

Jenaka, lawak, humor, lulucon dan kecindaan merupakan sesuatu yang boleh membuatkan orang terhibur apabila mendengarkannya. Rancangan televisyen merupakan salah satu medium untuk para penghibur tanah air menghiburkan masyarakat. Namun demikian, sejak kebelakangan ini para penghibur tanah air ini telah menodai kualiti konten yang ditayangan untuk para masyarakat dengan memasukkan unsur lawak yang lucah dalam persembahan lakonan mereka.




Program televisyen masa kini banyak yang ditayangkan secara langsung terus ke kaca televisyen. Hal ini menjadikan tiada tapisan terhadap isu-isu sensitif yang dibuat sebelum program televisyen tersebut ditayangkan. Lebihan pula rancangan tersebut ditayangkan pada waktu perdana yang kebiasaannya akan disaksikan oleh pelbagai peringkat umur masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, belia, dewasa dan mereka yang sudah berusia. Oleh itu, lawak-lawak lucah amatlah tidak bersesuaian disajikan dalam rancangan hiburan komedi yang bersiaran secara langsung.




Namun demikian walaupun drama melayu bukan merupakan rancangan televisyen yang disiarkan secara langsung dan melalui proses-proses pengeditan sebelum ditayangkan, tetap juga golongan yang menguasai industri kreatif ini memasukkan lawak lucah dan lakonan yang berunsurkan lucah dalam drama mereka. Ini amat membimbangkan apabila penonton bawah umur menyaksikan drama tersebut. Drama tersebut boleh membawa pengaruh negetif kepada penonton bawah umur tersebut. Perkara-perkara ini tidak sesuai didedahkan dalam drama yang jelas akan disaksikan oleh para masyarakat bersama keluarga mereka ketika waktu lapang.

Justeru itu, diharapkan agar pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) memainkan peranan mereka membendung isu penggunaan lawak lucah dalam kalangan penggiat seni tanah air yang semakin banyak dalam industry hiburan tanah air kita ini. Tuntasnya, kita haruslah menggunakan platform hiburan dengan menyebarkan perkara yang boleh mendidik masyarakat kearah yang lebih baik dan bukan hanya membuatkan penonton ketawa kosong sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SASTERAWAN NEGARA

KEPELBAGAIAN BANGSA DI MALAYSIA

ISU BAHASA ROJAK