SASTERAWAN NEGARA

 Sasterawan Negara Malaysia





KERIS MAS

Karya Popular: novel Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Dua Zaman, Pahlawan Rimba Malaya (1976) Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (1980-an), Rimba Harapan (1985), cerpen “Darah dan Air Mata” (1947), meghasilkan kira-kira 60 buah cerpen tentang persoalan cinta, kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat dan sosial politik pascamerdeka. Beberapa cerpen beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti Cina, Korea, Inggeris dan Rusia.




USMAN AWANG

Karya Popular: Antara puisi termasyhur; Salam Benua, Kekasih, Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis di Kuburan, Duri dan Api, Anak Jiran Tionghua, Hadiah, Sahabatku, Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini. Antara drama termasyhur; Muzikal Uda dan Dara, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorangan Pahlawan (Jebat), Malam Kemerdekaan, Serunai Malam. Antara cerpen termasyhur; Degup Jantung, Betisnya Bunting Padi, Matinya Seorang Perempuan, Sebuah Khemah Didirikan, Turunnya Sebuah Bendera serta satu-satunya novel berjudul “ Tulang-tulang Berselerakan”.


A.SAMAD SAID

Karya Popular: Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dinding Dewan. Karya beliau Salina telah diterjemahkan ke dalam lain-lain bahasa seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Beberapa karya beliau juga telah diadaptasi menjadi teater atau drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T.Pinkie dan Memori di Hadapan Pulau.


MUHAMMAD HAJI SALLEH

Karya Popular: menerbitkan lapan buah kumpulan puisi perseorangan di samping puisi yang terbit dalam kumpulan bersama. Antara puisi yang dihasilkan ialah Himpunan Sajak (antologi bersama), Sajak-sajak Pendatang, Buku Perjalanan Si Tanggang II, Ini Juga Duniaku, Pilihan Puisi Baru Malaysia, Puisi-Puisi Nusantara (antologi bersama), Sajak-sajak dari Sejarah Melayu, Tinta Pena (antologi bersama), Antologi Puisi ASEAN (antologi bersama), Lagu Kehidupan (antologi bersama) dan banyak lagi.

 


ZURINAH HASSAN

Karya Popular: Antara sajak yang dihasilkan Sesayup Jalan (1974), Di Sini Tiada Perhentian (1977), Keberangkatan (1985), Pujangga Tidak Bernama (1994), Pesanan dari Gunung Ledang (2004) dan banyak lagi. Antara kumpulan cerpen yang dihasilkan ialah Meneruskan Perjalanan (1989), Menjelang Pilihan ( 2004). Antara kumpulan puisi yang dihasilkan ialah Nota Waktu (antologi puisi bersama Lim Swee Tin) (2000). Menghadap ke Pelabuhan (2010) dan novel Hatimu Aishah (1991).

 


ARENA WATI

Karya Popular: Kisah Tiga Pelayaran (1959), Lingkaran (1962), Sandera (1971), Rontok (1980), Eno (1985), Bunga dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987), Syair Pangeran Syarif (1989), Syair Pangeran Syarif Hasyim Al-Qudsi (1989), Syair Perang Cina di Monterado (1989), Burung Badai (1990), Turina (1991), Citra (1991), Memoir Arena Wati Enda Gulingku (1991), Ombak Samudera (1992), Meniti Kala (1993), Panrita (1993), Sudara (1994), Mevrouw Toga (1995), Begawan (1996), Koleksi Terpilih Arena Wati (1996), Sukma Angin (1999), Getar-getir Maya Kumpulan Cerpen (2000), Trilogi Busa (2002), Armageddon (2004), Kutukan dari Langit (2004), Langkah Pertama Kumpulan Cerpen Awal 1954-1959 (2004), 7 Tegak Bersama (2005), Warna Sukma Usia Muda (2005), Cakra Waruga (2006).

 


ABDULLAH HUSSAIN

Karya Popular: Abdullah telah menghasilkan 25 buah novel, tiga buah kumpulan cerpen, sembilan terjemahan, sebuah autobiografi dan enam buah biografi. Novel beliau pertama di terbitkan pada tahun 1941, Dia... Kekasihku. Novel kontoversi beliau yang dijadi teks sekolah Interlok diterbitkan tahun 1971. Beliau juga menulis drama, essei, autobiografi, biografi, terjemahan dan 6 buah buku umum.




SYED OTHMAN KELANTAN

Karya Popular: Memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan Mengarang Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (1962) dengan novelnya Pelangi. Antara novel yang dihasilkan ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1976), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997). Antara cerpen yang dihasilkan ialah 10 Cerpen Masyarakat III (antologi bersama) (1963), Gelisah (antologi bersama) (1967), Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama) (1977), Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama) (1986) dan banyak lagi.

 




ANWAR RIDHWAN

Karya Popular: Antara novel yang dihasilkan ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979), Arus (1985). Cerpen Parasit (1980), Sesudah Perang (1978), Sangkar (1986). Puisi Tercipta dari Tanah (1985) dan drama Orang-orang Kecil (1990), Yang Menjelma dan Menghilang (1992).




AHMAD KAMAL ABDULLAH

Karya Popular: Karya Kemala terdiri daripada genre puisi, sedikit dalam genre cerpen, drama dan cerita kanak-kanak, tetapi banyak dalam penulisan esei dan buku ilmiah. Antaranya puisi Timbang Terima (1970), Kaktus-kaktus (1976), Syurga ke Sembilan (2009). Cerpen Anasir (1983), Laut Takjub 25 Cerpen Pilihan (2010). Drama Di Bumi Lain (1976), Kelonsong (1985). Buku Kanak-kanak Melur, Melur Si Bunga Melur (1974). Buku Kajian Sastera Sastera dalam Esei (1983).

 




BAHA ZAIN

Karya Popular: Kumpulan Puisi Perempuan dan Bayang-bayang (1974), Dari Kertas Catatan Tengah Malam (1978), “Renungan di Taman dan Sajak-sajak Merdeka”.




SITI ZAINON ISMAIL

Karya : Kajian Ilmiah beliau iaitu Alam Puisi (1989), Kembara Seni Siti (1990), Getaran jalur dan Warna (1990), Percikan Seni (1989). Novel Rembang Flamboyan (1990), Pulau Renik Ungu (2005), Delima Ranting Senja (2009). Cerpen Seri Padma (1984), Attar Lembah Mawar (1988), Dongeng Cik Siti Kecil (1988). Kumpulan Puisi Nyanyian Malam (2004), Kasih Bonda (2015), Cik Bunga Rantau abang ( 2016) dan banyak lagi.

 




RAHMAN SHAARI

Karya: Sajak Buku Bicara’ (1971), puisi Giliran dan Hamparan Kuning, Mencari Isteri, Bahasa, Hamparan Kuning (1979) Kesan Kunjungan (1982) Serpihan Diri (1987) Melati dan Bahang (1994) Penulisan Esei  'Pembaharuan Yang Berkesan dan Perpuisian Melayu Moden'. Novel Mufarakah (1992). Buku-buku kritikan dan esei sastra yang diterbitkan ialah Di Sekitar Esei dan Kritikan (1981) Pendekatan dan Pemikiran dan Kritikan Sastra Melayu (1989) Berkenalan dengan Kritikan Sastra (1989) dan Memahami Gaya Bahasa (1993) dan banyak lagi.

 




SHAHNON AHMAD

Karya: Antara novel yang dihasilkan ialah Rentong (1965), Terdedah (1965), Ranjau Sepanjang Jalan (1966), Menteri (1967), Protes (1967), Perdana (1969), Seluang Menodak Baung (1978), Tunggul-tunggul Gerigis (1989), Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai (1995) dan banyak lagi.




NOORDIN HASSAN

Karya: Antara drama yang dihasilkan beliau ialah “Tak Kunjung Kembali” (1951), “Surai Cambai” (1954), “Dalam Tiga Warna” (1962), “Pucuk Pisang Bunga Tanjung” (1964), “Bunga Lalang Ditiup Angin” (1970), “…Mendengar Tupai Membaca Kitab” (1971), “Jangan Bunuh Rama-rama” (1982) dan banyak lagi.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEPELBAGAIAN BANGSA DI MALAYSIA

ISU BAHASA ROJAK